Jumaat, 13 Mac 2009

Blok, ro blok dan blog...


Salam...blok...masa kecik-kecik dulu, pernah dengar perkataan ni....tapi masa tu, apa yang difahamkan adalah apa saja bangunan yang tegak berdiri di atas bumi. Masa tu duk ingat blok asrama, blok berek polis, blok rumah kedai dan macam-macam lagi. Kemudian, bila dah besor skit, selalu duk sebut perkataan ro blok (road block) yang dibuat oleh polis kat tengah jalan. Masa tu, bawak motor pun belum ada lesen, bawak je moto, mata melilau tengok polis, takut kalau-kalau ada polis tahan. Tapi sekarang, satu lagi perkataan yang bunyinya sama tapi berbeza, kalo oorang perok bloh parit nyebutnye...same tapi tok serupea!........Blog! jadinyer malam ni, nak cuba bina blog pulak...bleh hilang tension kejap dari duk ngadap asemen je...bukan rajin pun nak menaip ni...tapi pasal dah cuti lama sangat duk kat rumah, bleh la cuba2 buat blog sendiri. Blog ni, rupanya macam rumah kita le, kita yang kena jaga, kena hias, bagi kemas. Maknanya kalau ada orang datang ke rumah kita, kita tak segan la....kalau rumah kemas dan cantik. Dok gitu? Untuk kalimah yang pertama dari admin ni, baca dan terima la apa yang sempat ditulis. Salam perkenalan kepada semua blogger-blogger di luar sana... Wassallam.